Entri Menarik

24 May 2013

Gambaran Demokrasi

Demokrasi yang aku cuba terjemahkan dalam bentuk computer program. Cuba fahamkan ya.


20 May 2013

Aku Yang Di Perbodohkan

Salah satu ciri-ciri negara sekular ialah bila mana kerajaan yang memerintah sesebuah negara menyediakan atau tidak mengawal hiburan yang terlampau sehingga rakyat menjadi bodoh. Bukan bodoh dari segi akademik tetapi bodoh dari segi pemikiran.

Peranan media ialah menjadi pendidik masyarakat bukannya membodohkan masyarakat. Membodohkan masyarakat di sini tidak semestinya menyebarkan berita yang palsu sahaja. Bagi aku, media hari ini sangat kurang pengisian yang bersifat intelektual yang mana masyarakat tidak perlu menggunakan otak untuk menghadamkan segala bentuk  pengisian yang disajikan sebaliknya menerima bulat-bulat. Rancangan-rancangan seperti pertandingan nyanyian, menari, melawak dan gosip semakin banyak dan pihak media mengejar kedudukan bagi setiap rancangan dan aku percaya iklan-iklan semasa rancangan sedemikian adalah mahal dan menguntungkan.

Masyarakat Melayu kita masih berpegang kepada konsep belajar hanya untuk pelajar sahaja dan hanya fokus kepada pencapaian akademik semata-mata. Kita boleh lihat hari ini bagaimana seseorang yang berstatus profesor atau doktor boleh terpengaruh dengan ajaran sesat seperti bertuhankan Ayah Pin dan percaya Kahar itu sebagai Rasul. Maka di sinilah peranan ilmu agama. Ilmu dunia itu memang penting tapi jangan sampai lupakan ilmu akhirat. Ilmu dunia hendaklah di lapik dengan ilmu akhirat dengan tujuan untuk menjaga akal daripada terpesong dan mudah terpengaruh dengan hasutan-hasutan yang boleh merosakkan diri sendiri.

19 May 2013

Nuget Extension Untuk MS Visual Studio

Nuget adalah extension percuma untuk .Net Framework. Sebagai .Net Developer memang satu kerugian jika tidak menggunakannya sebab Nuget memang banyak menyenangkan kerja kita semasa develop sesuatu application.

Nuget banyak membantu kerja aku sebab aku tak perlu habiskan masa dengan download mana-mana project pastu kena copy dalam folder bin kemudian add reference. Kadang-kadang berlaku kesilapan semasa buat semua tu. So Nuget memang sangat sesuai untuk beginner macam aku ni.

Follow step kat bawah ni:
  1. Install extension Nuget. Pergi ke Tools>Extension and Updates dan search Nuget.
  2. Selepas siap install akan muncul satu menu baru. Pergi ke Tools>Library Package Manager>Package Manager Console.